Dengan melayari laman web kami, anda bersetuju menggunakan cookies kami.
Dengan melayari laman web kami, anda bersetuju menggunakan cookies kami.

PROGRAM SELANGKAH KE MENARA GADING

Kerjasama dengan:

"Program Selangkah ke Menara Gading" merupakan satu usaha kerjasama Yayasan Pendidikan Malaysia dengan beberapa institut pengajian tinggi terpilih dalam menyediakan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi selain daripada memberi bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan tidak dapat melanjutkan pengajian ke universiti awam. Pelajar yang terpilih menerusi bantuan awalan ini layak untuk menerima bantuan seperti berikut:

 

Yuran pendaftaran dikecualikan

Penginapan/pengangkutan percuma

Elaun bulanan disediakan

Kelas Bahasa Inggeris intensif percuma

* Jenis bantuan adalah tertakluk kepada syarat yang ditentukan, bergantung kepada IPT dan kursus yang dipilih.

Bantuan awalan diberikan kepada pelajar untuk menampung keperluan pelajar sebelum menerima pinjaman PTPTN atau pembiayaan pendidikan yang lain. Bantuan ini akan dihentikan apabila pinjaman pelajar diluluskan dan bantuan ini tidak perlu dibayar balik kepada Yayasan Pendidikan Malaysia, tertakluk di dalam syarat yang telah ditetapkan.

Peluang ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran melalui Yayasan Pendidikan Malaysia dengan syarat kelayakan yang berikut:

  • TIDAK PERNAH menerima mana-mana tawaran IPTA/IPTS di dalam Malaysia/luar negara
  • Lepasan PT3, SPM dan diploma
  • Penerima BR1M / pendapatan isi rumah di bawah RM 5,000

*Pemohon boleh menghubungi kami di talian 03-8893 1116 atau whatsapp 0111-1461663 / 0111-1465663 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut .

Sijil Kemahiran Malaysia

Program Diploma

Program Ijazah

Yayasan Pendidikan Malaysia akan mengadakan:
“Majlis Makan Malam bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan 20 Ulama’ Antarabangsa”

Sebarang pertanya berkenaan penajaan dan sumbangan, sila berhubung melalui unit tajaan kami:
03-8893 1116 (Pejabat)
013-3564253 (Pn Mardhiah)
017-2364 532 (En Firdaus)

untuk maklumat lanjut click gambar ini.

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay