My Learning Assistant Hub

Kerjasama YPM, UITM & Bjaq Group, Persatuan Pendidik

Mylah

Dengan jumlah murid melebihi 4.9 juta di seluruh Malaysia, Kami merancang perkhidmatan E-Pembelajaran ” Homework Asssitant” Melalui Media Sosial yang inovatif dan mudah diakses dengan kos yang rendah per pelajar. Platform ini menawarkan akses tanpa had kepada berbagai subjek teras seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Bahasa Inggeris, Geografi, Perniagaan, Prinsip Perakaunan, Kesusasteraan Melayu, dan juga subjek-subjek lain. Kami memahami bahawa pembelajaran tidak berhenti di bilik darjah. Dengan itu, perkhidmatan ini dirancang untuk pembelajaran mudah alih, membolehkan pelajar untuk bertanya soalan dan mendapatkan jawapan serta merta dari pengajar profesional kami melalui platform media sosial seperti Whatsapp, Telegram, Facebook Messenger, dan TikTok.

Platform ini bukan sahaja membantu pelajar, tetapi juga memberi manfaat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dengan penambahan sistem pemantauan langkah-langkah kunci prestasi (KPI) para pengajar, kami dapat memastikan kualiti pengajaran yang tinggi dan konsisten. Melalui ‘Live Dashboard’, KPM dapat memantau prestasi dan keberhasilan projek ini secara real-time.

Selain itu, kami menawarkan analisis data yang mendalam untuk KPM sekaligus memberikan gambaran lengkap tentang bagaimana dan di mana sumber ini digunakan. Sebagai contoh, kami boleh memberikan statistik mengenai kekerapan pelajar memilih subjek tertentu, demografi umur pelajar, dan juga profil sekolah serta negeri asal pelajar. Data ini penting bagi KPM untuk memahami keperluan dan kebiasaan pembelajara pelajar. Data yang dikumpulkan ini dapat membantu dalam merancang dan melaksanakan strategi pendidikan yang lebih berkesan.

Kemudahan Asas

Projek ini dirangka bagi memanfaatkan media sosial yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian pelajar. Dengan demikian, mereka dapat belajar pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Bantuan Profesional

Projek ini akan membuka peluang kepada guru-guru terlatih diseluruh Malaysia untuk menjana pendapatan tambahan setiap bulan dan mencurahkan segala ilmu melalui platform yang disediakan.

Kepelbagaian Subjek

Kami menyediakan berbagai subjek teras untuk memastikan pelajar mendapat sokongan dalam setiap aspek pembelajaran mereka.

Kos Rendah

Dengan kos yang rendah, kami berusaha untuk menjadikan pendidikan berkualiti ini mudah diakses oleh semua, terutama pelajar dari kumpulan Asnaf dan B40.

ms_MYBahasa Melayu