Sumbangan & Tajaan
Yayasan Pendidikan Malaysia telah mendapat kelulusan mengikut subseksyen 44(6), dimana segala derma wang tunai kepada Yayasan Pendidikan Malaysia layak diberi perlepasan cukai dalam mengira jumlah pendapatan kepada penderma-pendermanya dan semua pendapatan yang diterima oleh Yayasan Pendidikan Malaysia dikecualikan daripada cukai pendapatan mengikut Perenggan 13 Jadual 6, ACP 1967 oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (No. Rujukan LHDN. 01/35/42/51/179-6.8313)

SYARAT PENAJAAN

Individu:

- Minimum sumbangan sebanyak RM1,000.00 layak untuk mendapatkan pengecualian cukai; (*Jumlah minimum sumbangan adalah dari 7% daripada pendapatan agregat tahunan)

Syarikat:

- Minimum tajaan sebanyak RM3,000.00 layak untuk
mendapatkan pengecualian cukai; (*Jumlah minimum sumbangan adalah dari 10% daripada pendapatan agregat tahunan)

- Minimum tajaan sebanyak RM50,000.00 untuk jemputan wakil pihak penaja semasa program berkaitan;

- Minimum tajaan sebanyak RM100,000.00 untuk cetakan logo organisasi pihak penaja;

KELEBIHAN PENAJAAN / SUMBANGAN

1. Pengecualian cukai pendapatan bagi sumbangan atau penajaan berbentuk tunai sahaja di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967;

2. 3% - 7% daripada keseluruhan sumbangan akan diberi slot latihan dan kursus percuma yang dijalankan oleh YPM kepada kakitangan syarikat penaja;

3. Wakil penaja akan menjadi jemputan VIP semasa Majlis Perasmian program berkaitan;

4. Logo organisasi di backdrop, bunting, cenderahati, goodies dan buku cenderamata program – program anjuran YPM yang berkaitan;

5. Penaja akan diberi tapak khas untuk pameran atau urusan berkaitan;
Pengedaran risalah / brosur maklumat korporat semasa program;

6. Media - Kemasukan dalam siaran akhbar, akhbar dan juga atas talian (‘online’);

7. Organisasi akan disebarkan sebagai penaja rasmi dalam satu program; dan
Plak serta sijil penghargaan;

Cara membuat sumbangan?
1
Tunai atau Cek
Setiap sumbangan cek mestilah atas nama Yayasan Pendidikan Malaysia. Sumbangan wang tunai, pergi ke langkah 2.
2
Akaun Bank YPM
Untuk sumbangan wang tunai sila masukkan ke BANK CIMB - 8601882149 iaitu akaun dibawah nama Yayasan Pendidikan Malaysia
3
Dapatkan Resit
Sila hantar bukti pembayaran ke [email protected] untuk dapatkan resit dan butiran pengecualian cukai.
ms_MYBahasa Melayu