Khidmat Nasihat Percuma Untuk Program Lepasan SPM 2024

Tahniah! Kerana anda telah berjaya menamatkan zaman persekolahan anda. Kini tiba masanya anda rancang ke langkah seterusnya dalam membentuk masa harapan anda. Yayasan Pendidikan Malaysia dengan berbesar hati menjemput anda semua ke Sesi Khidmat Nasihat Percuma pada :

Tarikh: 24 Februari 2024

Masa: 9.00 pagi hingga 2.00 petang

Tempat: Pejabat Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM) Putrajaya.

 

Program ini kami sasarkan kepada 100 orang pelajar daripada golongan asnaf dan B40 di setiap sekolah yang dipilih di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

Mengapa Perlu Hadir?

Panduan Pendidikan. Terokai pelbagai laluan pendidikan dan peluang-peluang yang tersedia setelah tamat SPM.

Nasihat dari pakar. Anda dapat memanfaatkan pertemuan dengan kaunselor pendidikan kami dan berbincang “one to one” secara peribadi. 

Maklumat Biasiswa. Ketahui mengenai peluang biasiswa yang disediakan dan pilihan bantuan kewangan untuk menyokong perjalanan pengajian anda di universiti.

Peluang Kerjaya. Peluang kerjaya selepas tamat pengajian di industri berkaitan dan berkualiti tinggi.

Sahkan Kehadiran Sekarang!
Jangan lepaskan peluang ini untuk memulakan perjalanan akademik anda bersama YPM. Tempat terhad. Sahkan kehadiran anda hari ini dengan menekan butang di bawah!

Ada Soalan?
Hubungi pasukan kami di 03-8800 0330 / 011-1680 3676  untuk sebarang pertanyaan atau bantuan.

Jangan lepaskan peluang ini untuk membuka jalan kejayaan masa depan anda! Kami berharap dapat menyambut anda dan ibu bapa anda ke Sesi Khidmat Nasihat Percuma ini nanti.

Tags

Leave a comment

en_USEnglish