Program MyEmploy: Permohonan Cari Kerja

Portal Permohonan Mencari Pekerjaan Online. Kerjasama Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM) dan anak syarikat YPM, Baraqah Education & Training Services (BETS) dengan beberapa syarikat SME, korporat & GLC

Apa itu MyEmploy?

Graduate Employability IR 4.0' merupakan satu usaha kerjasama Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM) dan anak syarikat YPM, Baraqah Education & Training Services (BETS) dengan beberapa syarikat SME, korporat, GLC terpilih dari pelbagai industri untuk membantu, merancang, mengurus, memantau dan menyediakan peluang pekerjaan kepada bakal graduan dengan pekerjaan yang bersesuaian dengan kursus yang dipelajari. Kerjasama antara YPM dan industri berperanan penting memastikan peningkatan peratus kebolehpasaran graduan selain meningkatkan persediaan dan kemahiran graduan sebelum memasuki alam pekerjaan.

YPM akan menyalurkan calon ke industri yang bekerjasama dengan YPM dan akan mengadakan sesi temuduga dan perkongsian bersama industri selain penglibatan pihak industri dalam memberi khidmat nasihat atau runding cara kepada para calon dari bidang kewangan, pentadbiran, konsultasi, pengurusan acara dan sebagainya. 

Pihak industri dan majikan akan menilai kebolehpasaran calon dari segi keserasian, fleksibiliti, kebolehpercayaan dan kepekaan untuk memastikan graduan mampu bersaing dan bekerja dengan baik jika ditawarkan pekerjaan. Selain itu, majikan yang sedang mencari pekerja juga digalakkan berhubung dengan YPM bagi urusan pendaftaran dan kemasukan pekerja.