TENTANG KAMI

YAYASAN PENDIDIKAN MALAYSIA (No. Pendaftaran: PPAB-33/2013) merupakan yayasan yang ditubuhkan pada 31 Julai 2013 berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258).

Penubuhan YPM memfokuskan kepada 3 objektif iaitu:

  1. Membantu kebajikan pelajar asnaf dan B40 di seluruh Malaysia dalam bentuk skim kewangan atau perlindungan

  2. Memberi bantuan awalan dalam bentuk kewangan atau barangan sebagai persediaan sambung belajar

  3. Menyediakan bantuan kewangan dalam menaik taraf infrastruktur bantuan pendidikan dan pembelajaran

Yayasan Pendidikan Malaysia Logo
Logo Rasmi Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM)

Objektif

  • Bantuan kepada pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik untuk terus dibantu.
  • Bantuan kepada pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik untuk terus dibantu.
  • Bantuan kepada pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik untuk terus dibantu.
  • Bantuan kepada pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik untuk terus dibantu.

Visi & Misi

Visi:

  • Sentiasa menambah baik dan meningkat upaya sistem penyampaian dan modul agar lebih komprehensif dan efektif.
  • Memberi layanan yang terbaik kepada golongan sasar secara professional dan akauntabiliti.
  • Ketelusan, akurasi dan keboleh – percayaan dalam pengurusan dana.
  • Kekal dalam memberikan nilai tambah kepada pelajar, penaja dan pelabur.

Misi:
Menjadi sebuah institusi yang pakar dan sebagai wadah yang dipercayai serta diiktiraf untuk membangunkan potensi genetik anak-anak watan ke arah memastikan kemajuan, kekayaan dan kemuliaan yang berkekalan bagi diri, keluarga dan generasi akan datang.

MAKLUMAN BERKENAAN PEGAWAI YPM SEDANG MENJALANKAN SARINGAN PENEMPATAN BELAJAR UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM YANG TELAH MEMOHON MELALUI PORTAL MYYPM

Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM) akan mengadakan Sesi Temuduga & Taklimat Halatuju bagi lepasan SPM 2019 melalui panggilan telefon dan aplikasi Whatsapp

Sehubungan dengan itu, pihak YPM akan membuat saringan temuduga kelayakan bantuan awalan melalui panggilan telefon dan aplikasi Whatsapp kerana kekangan berikutan saranan kerajaan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (Bekerja dari Rumah).

Pihak YPM berharap semua pemohon yang telah mengisi dapat memberi kerjasama dan YPM mohon maaf atas kesulitan ini. Selain itu, pihak YPM menyeru semua lepasan SPM untuk memohon MyYPM untuk penempatan belajar beserta bantuan awalan di portal kami, myypm.edu.my/register manakala bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara boleh mohon di myypm.edu.my/luarnegara

Syarat-Syarat Permohonan:

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pegawai- pegawai YPM atau di talian 03-8684 2171.

Pegawai Bertugas:

Sekian.

“MENDIDIK BANGSA MEMBINA NEGARA”