Program Perkongsian Tips Menjawab Peperiksaan SPM beserta Hala Tuju Pelajar selepas tamat peperiksaan.

Yayasan Pendidikan Malaysia akan  mengadakan satu program percuma iaitu program Perkongsian Tips Menjawab Peperiksaan SPM beserta Hala Tuju Pelajar selepas tamat peperiksaan.

Program ini kami sasarkan kepada 100 orang pelajar daripada golongan asnaf dan B40 di setiap sekolah terpilih di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Objektif

Objektif program ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar asnaf dan B40 daripada kelas-kelas belakang khususnya, yang akan menduduki peperiksaan SPM dengan berkongsi tips bagi menjawab peperiksaan SPM terutamanya bagi subjek,

1.Bahasa Melayu,

2.Sejarah 

3. Matematik

Memandangkan matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran wajib lulus bermula tahun 2013; manakala matapelajaran Matematik merupakan salah satu keperluan untuk pelajar menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan, seni bina, teknologi maklumat dan beberapa bidang lain lagi.

Tarikh Program dan Lokasi
PT 17 | 10.30 – 12.30 p.m 
SMK PANTAI SEPANG PUTRA
SEPT 18 | 10.30 – 12.30 p.m
SMK TAMAN KERAMAT
SEPT 25 | 10.30 – 12.30 p.m
SMK KALUMPANG
SEPT 26 | 10.30 – 12.30 p.m
SMK SG. RAWANG
DEC 3 | 10.30 – 12.30 p.m
SMK LEMBAH KERAMAT

Harapan

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada calon-calon SPM 2019 di sekolah.

Jika terdapat sekolah yang berminat dan ingin mendapatkan  sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Cik Umi Kalsom (011-37114863) atau Pn. Hidayah (011-11465663). Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan amat kami hargai serta didahulukan ucapan ribuan terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *