Dengan melayari laman web kami, anda bersetuju menggunakan cookies kami.
Dengan melayari laman web kami, anda bersetuju menggunakan cookies kami.

PROGRAM LATIHAN

Yayasan Pendidikan Malaysia juga menyediakan program latihan kepada pelajar atau pekerja. Program latihan adalah dalam bentuk pengumpulan dana (fundraising) di mana bayaran untuk seminar akan digunakan untuk membantu pelajar tajaan YPM bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Program ini direka khas untuk pelajar atau pekerja dan meliputi aspek kepimpinan, komunikasi, personaliti, pengurusan stress dan motivasi diri. YPM juga menyediakan latihan beserta pensijilan NLP daripada badan yang diiktiraf.

UNTUK PEKERJA

  • Program latihan ini merupakan satu peluang dan ruang untuk pengurusan syarikat/jabatan bagi melahirkan pekerja yang mempunyai pemikiran (mindset) lebih positif, produktif dan berintegriti bagi menjadikan pekerja lebih bersedia dan fleksibel ke arah perubahan.
  • Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja dalam bidang-bidang yang tertentu.
  • Untuk menyesuaikan pekerja dengan sistem baru, prosedur dan cara kerja akibat daripada kemajuan teknologi yang menyebabkan perubahan.
  • Menolong pekerja lama dan pekerja baru menyesuaikan diri dengan kehendak sesuatu kerja baru dalam organisasi.
  • Terdapat pekerja baru.

UNTUK PELAJAR

Pelajar akan lebih didedahkan dengan program berbentuk motivasi dan latihan industri.

  • Pelajar akan dibantu untuk lebih cemerlang di dalam pengajian
  • Pendedahan lebih kepada realiti sebenar alam pekerjaan dan persediaan menghadapi perubahan.

Program latihan Yayasan Pendidikan Malaysia adalah diiktiraf oleh PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad)

 

Yayasan Pendidikan Malaysia akan mengadakan:
“Majlis Makan Malam bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan 20 Ulama’ Antarabangsa”

Sebarang pertanya berkenaan penajaan dan sumbangan, sila berhubung melalui unit tajaan kami:
03-8893 1116 (Pejabat)
013-3564253 (Pn Mardhiah)
017-2364 532 (En Firdaus)

untuk maklumat lanjut click gambar ini.

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay