Dengan melayari laman web kami, anda bersetuju menggunakan cookies kami.
Dengan melayari laman web kami, anda bersetuju menggunakan cookies kami.

Penaung Yayasan Pendidikan Malaysia

Yayasan Pendidikan Malaysia berterima kasih kerana diberi peluang untuk berkongsi visi dan misi kami bersama Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian YAB Tun untuk mendengar dan berkongsi pandangan mengenai hala tuju pendidikan negara dan nilai-nilai yang perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar dan rakyat Malaysia amnya.

Yayasan Pendidikan Malaysia komited untuk menyediakan latihan dan pendidikan kepada rakyat Malaysia dan ingin melahirkan Anak Didik YPM yang lebih berpotensi dalam bidang akademik serta cemerlang dalam nilai moral dan sahsiah diri, seperti mana yang disarankan oleh YAB Tun.

Semoga dengan sokongan dan dorongan daripada YAB Tun akan menjadi tulang belakang bagi Yayasan Pendidikan Malaysia dalam memberi idea dan tunjuk ajar untuk memperkasakan hala tuju serta objektif Yayasan Pendidikan Malaysia.

Yayasan Pendidikan Malaysia ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian YAB Tun bersetuju sebagai Penaung amatlah bermakna kerana kami percaya halatuju YPM akan lebih dinamik, sempurna dan tersusun. Kami berharap inisiatif
ini dapat membawa pengaruh reputasi yang baik, serta strategi berkesan dan berterusan dalam memastikan objektif YPM dapat dijalankan dengan jayanya. InsyaAllah.

Terima kasih YAB Tun atas kepercayaan dan kesudian untuk menyokong warga kerja Yayasan Pendidikan Malaysia dalam memperjuangkan misi, visi dan objektif YPM.

Kami yakin bahawa semua ini tidak akan berlaku tanpa sokongan anda semua. Terima kasih kami ucapkan. Dan ini adalah satu permulaan, kami masih memerlukan sokongan dan doa anda semua.

Yayasan Pendidikan Malaysia juga akan menerapkan tiga(3) inspirasi YAB Tun iaitu Bertanggjawab, Amanah dan Disiplin dalam mendidik bangsa. Bersama- sama kita menjadi orang yang bermanfaat kepada insan lain.

Mendidik Bangsa, Membina Negara

Tun Dr. Mahathir Mohamad
(Perdana Menteri Malaysia)

Galeri Pertemuan Bersama Tun. Mahathir

Yayasan Pendidikan Malaysia akan mengadakan:
“Majlis Makan Malam bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan 20 Ulama’ Antarabangsa”

Sebarang pertanya berkenaan penajaan dan sumbangan, sila berhubung melalui unit tajaan kami:
03-8893 1116 (Pejabat)
013-3564253 (Pn Mardhiah)
017-2364 532 (En Firdaus)

untuk maklumat lanjut click gambar ini.

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay