Mesyuarat Tahunan Yayasan Pendidikan Malaysia bersama IPT yang bekerjasama

19 Disember 2019, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Tahunan Yayasan Pendidikan Malaysia yang pertama kali diadakan bersama IPT kerjasama Yayasan Pendidikan Malaysia.

Antara agenda mesyurat adalah untuk menyampaikan amanat YAB Tun Mahathir Bin Mohamad sebagai Penaung Yayasan Pendidikan Malaysia, memperkenalkan Baraqah Education and Training Services Sdn Bhd sebagai anak syarikat YPM dan juga membincangkan pelan perancangan program Selangkah ke Menara Gading bagi tahun 2020 dengan IPTS kerjasama YPM.

Terima kasih diucapkan kepada semua wakil IPT yang meluangkan masa dan sudi hadir ke mesyuarat ini. Semoga kerjasama erat ini kekal berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan. Insyaallah, Yayasan Pendidikan Malaysia menjanjikan yang terbaik di tahun 2020 dan komited untuk membantu lebih ramai pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak amat dialu-alukan.
Semoga taraf pendidikan di Malaysia akan membangun dan terus diangkat
ke satu tahap yang lebih tinggi dan seterusnya menyumbang kepada
pembangunan Malaysia yang lebih intelektual dan berdaya saing. Terima kasih. Bersama kita Mendidik Bangsa, Membina Negara.

#YayasanPendidikanMalaysia
#MalaysiaEducationFoundation
#MesyuaratPerdanaYayasanPendidikanMalaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *