Mesyuarat Tahunan Yayasan Pendidikan Malaysia bersama IPT seluruh Malaysia

3 Februari 2020, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Alhamdulillah selesai sudah Mesyuarat Tahunan Yayasan Pendidikan Malaysia yang diadakan bersama IPT di seluruh Malaysia anjuran Yayasan Pendidikan Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada semua wakil IPT yang meluangkan masa dan sudi hadir ke mesyuarat ini. Yayasan Pendidikan Malaysia menjanjikan yang terbaik di tahun 2020 dan komited untuk membantu lebih ramai pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak amat dialu-alukan.

Semoga taraf pendidikan di Malaysia akan membangun dan terus diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang lebih intelektual dan berdaya saing. Terima kasih. Bersama kita Mendidik Bangsa, Membina Negara.


#YayasanPendidikanMalaysia #MalaysiaEducationFoundation #MesyuaratPerdanaYayasanPendidikanMalaysia

Sesi mesyuarat bersama IPT seluruh Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *