Selangkah Ke Menara Gading

YAYASAN BERDAFTAR: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri

Bantuan Pendidikan

Yayasan Pendidikan Malaysia berfungsi sebagai badan organisasi yang diamanahkan untuk membantu pelajar dari golongan berpendapatan rendah untuk memajukan pendidikan mereka kepada peringkat yang lebih tinggi, dan menyediakan mereka secara mental, fizikal dan rohani.BANTUAN PENDIDIKAN

Yayasan Pendidikan Malaysia bekerjasama dengan kolej dan universiti swasta milik bumiputera dalam mengendalikan pengambilan dan pengurusan pelajar. Terdapat juga perkongsian dengan pelbagai organisasi yang terlibat secara langsung dalam latar belakang Pelan Transformasi Pendidikan untuk pelajar dan siswazah.

Bantuan Awalan

Yuran Pendaftaran

Tiada yuran pendahuluan dikenakan, pelajar hanya perlu bayar yuran pendaftaran yang telah dikurangkan dari jumlah sebenar.

Elaun Bulanan

Elaun sara diri diberi selama 4 bulan pertama sementara menunggu pinjaman PTPTN diluluskan.

Penginapan / Pengangkutan

Kemudahan hostel / bas ke kampus disediakan secara percuma selama 4 bulan pertama

Kelas Bahasa Inggeris

Kelas insentif Bahasa Inggeris disediakan secara percuma sebagai persediaan ke kuliah.

Institut Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta Kolaborasi Bersama Yayasan Pendidikan Malaysia (Sijil Kemahiran Malaysia & Diploma Kemahiran Malaysia)

Kelayakan Program Selangkah Ke Menara Gading

DIPLOMA LEPASAN SPM

  • Lulus SPM (Bahasa Melayu & Sejarah) & mempunyai 3 kredit mana-mana subjek

TVET / SKM

  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM
    tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama

WORK BASED LEARNING

  • Lulus SPM (Bahasa Melayu & Sejarah) & mempunyai 3 kredit
    mana-mana subjek
  • Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya “C” atau
    GP 2.00 apa-apa subjek
  • Lulus STAM selurang-kurangnya MAQBUL mana-mana subjek
  • Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya ‘C” atau
    GP2.00 apa-apa subjek
  • Mempunyai MQF (tahap 3) dalam bidang berkaitan
  • Belajar selama setahun , 2 tahun dalam industri dengan elaun

IJAZAH TRIMESTER

  • Lulus SPM (Bahasa Melayu & Sejarah) & mempunyai 5 kredit.
  • Lepasan Diploma/STPM/Asasi
  • MUET minimum Band 2 (BSBLM/BSBA)
  • MUET minimum Band 3 (BKOM)
  • MUET minimum Band 4 (BSBLI)
  • Kelas pasda hujung minggu sahaj

PROGRAM UNIVERSITI LUAR NEGARA

  • Lulus SPM (Bahasa Melayu & Sejarah) &
    mempunyai 5 kredit.

Konsep Hub Pendidikan Selangkah Ke Menara Gading

Portal MyYPM

  • Pelajar Lepasan
    PT3/ SPM/ STPM/
    diploma mendaftar
  • YPM akan proses
    data dan buat
    saringan

Sambung Pengajian

  • Universiti Swasta yang bekerjasama dengan YPM
  • Continuous Engagement- YPM akan merekod perkembangan pelajar sepanjang pengajian
  • Insentif YPM

Portal MyEmploy

  • Graduan mendaftar dan lampirkan resume
  • YPM akan menyaring kelayakan graduan mengikut keperluan
    industri (Syarikat
    kerjasama YPM)

Penempatan Pekerjaan

  • Syarikat kerjasama YPM terdiri daripada SME, GLC,
    korporat, pelbagai Industri

Alumni YPM

  • Menyumbang bakti
    kepada komuniti
  • IKON YPM
en_USEnglish